Orang Berbudi Kita BERBAHASA

Versi emo dan menyampah.

Kemana hilangnya kesopanan? 

Situasi 1:
Di gerai jual ikan tepi jalan

Pembeli: Abang, ikan patin ada?
Penjual: Adik, KAMI TAK JUAL IKAN SUNGAI. *dalam versi macam pembelini org pekak tuli*

Dalam hati:
Pakcik, tak cukup sopan lagi ke saya bertanya? Lain kali, agakagak taknak jawab, letak signboard besar rumah tulis, 'KAMI MENJUAL IKAN LAUT SAHAJA. TERIMA KASIH.'

Situasi 2:
Di gerai air di bazar ramadhan

Pembeli: Bang, cincau tak nak ais ep.
Penjual: Orang tadi nak ais, ni tak nak ais. Macammacam. Dahni tak ada ais, tak dapatlah cincau. AISH.

Dalam hati:
Hey jantan. Aku membeli, aku menyuruh. Suka hati aku. Kau nak jual taknak? Banyak lagi kedai kat bazar ni.

Situasi 3:
Di pasaraya

Pembeli 1: Sorry. *suruh kecikkan bumper yg besar troli. tertonggek2.*
Pembeli 2: Menjeling

Dalam hati:
Dah aku cakap sorry nak jelingjeling. Ke nak aku ckp kuatkuat, 'Hye kak, punggung awk ni besar, tmpt ni kecik, troli saya xmuat. Boleh kecikkan sikit x? Makan ruang ni'

Situasi 4:
Di atas jalan raya mencari parking.

Seekor manusia berkenderaan buruk menyelinap ke sini dan ke sana. Sudah nampak jelas signal yang dah diberikan kirakira 5minit, sibuk nak menyelit mencari pasal.

Dalam hati:
Bukan nak belagak, bukan nak sombong, tapi agakagak langgar kereta aku boleh bayar ke? Sopan lah sikit. Tak larinya benda yang dikejar.


Kesimpulannya:
Tolonglah beradab sopan. Jangan nak kurang ajar sangat. Nak dihormati, tolong hormat orang. Tak kiralah kecik ke tua ke. Tolong ye.

Comments

Popular posts from this blog

Parking Lot

Use Malay (L1) instead of English (L2) in English Lessons?

Nadia Anjuman